KUALA LUMPUR: Top Glove Corp Berhad diunjur mencatat kerugian teras yang lebih kecil kepada RM83 juta pada 4QFY23 didorong kecekapan operasi berikutan catuan penggunaan kilangnya.
RHB Investment berkata, pelanggan kumpulan itu akan kehabisan inventori menjelang separuh kedua 2024 dan ia akan mendorong kepada pesanan yang lebih konsisten.
Katanya, cubaan untuk menaikkan harga berhadapan halangan kesan daripada penurunan harga bahan mentah dan berdasarkan semakan, purata harga jualan (ASP) pengeluar sarung tangan China tidak berubah dari suku pertama tahun ini iaitu antara AS$15 hingga AS$17.
ASP yang stabil adalah petanda positif dalam sektor itu terutama bagi jangka masa pendek kerana kenaikan harga yang agresif boleh menjejaslan jumlah jualan kerana pelanggan sangat sensitif terhadap sebarang kenaikan harga.
"Kami mengekalkan unjuran pendapatan FY24 kumpulan itu tetapi menyemak turun unjuran bagi FY25 sebanyak 68% selepas mengambil kira ketiadaan pembukaan kilang baharu.
"Kami mengekalkan saranan 'neutral' terhadap kumpulan itu dengan harga sasaran (TP) 84 sen sesaham," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
RHB Investment berkata, jumlah eksport sarung tangan Malaysia menguncup 1% dari bulan ke bulan pada Julai berikutan penurunan 7% pada Jun dan ia adalah penurunan dua bulan bagi eksport sarung tangan pada tahun ini.
Katanya, pada suku kedua tahun ini, eksport sarung tangan jatuh 17% berikutan pertumbuhan 0.3% yang dicatatkan pada suku pertama.
Sementara itu, eksport sarung tangan China jatuh 1% pada Julai berbanding pertumbuhan 11% pada Jun.
"Memandangkan permintaan terus tidak stabil dalam tempoh terdekat, kami menjangkakan pemulihan hanya berlaku menjelang separuh pertama 2024," katanya. -DagangNews.com
Dagang News
Wed Sep 20 2023
Top Glove Corp Berhad diunjur mencatat kerugian teras yang lebih kecil kepada RM83 juta pada 4QFY23 didorong kecekapan operasi berikutan catuan penggunaan kilangnya. -Dagang News
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Kerugian teras Top Glove diunjur susut kepada RM83 juta pada 4QFY23 - RHB Investment
Pelanggan kumpulan itu akan kehabisan inventori menjelang separuh kedua 2024 dan ia akan mendorong kepada pesanan yang lebih konsisten.
Sektor sarung tangan diunjur terus catat kerugian kesan saingan sengit pasaran
Ketiga-tiga pembuat sarung tangan di bawah liputan mereka telah melaksanakan langkah rasionalisasi kapasiti seperti penutupan kilang dalam usaha untuk mengurangkan bekalan pasaran.
Bursa Malaysia terus ditutup rendah susulan jualan berterusan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.66 mata atau 0.32 peratus kepada 1,424.89 daripada 1,429.55 ketika ditutup semalam.
Top Glove jangka harga jualan purata sarung tangan terus susut
Lim menyatakan bahawa penurunan dalam ASP sarung tangan semakin perlahan, menunjukkan bahawa aliran menurun tidak akan berterusan selama-lamanya.
Top Glove catat kerugian bersih RM168.24 juta pada suku pertama
Hasil Top Glove juga merosot kepada RM632.53 juta daripada RM1.61 bilion sebelumnya.
Penurunan harga saham punca Top Glove, Hartalega terkeluar daripada komponen utama FBM KLCI
Isu lebihan bekalan dalam industri sarung tangan getah telah mempengaruhi harga saham kedua-dua syarikat berkenaan.
Top Glove, Hartalega kemungkinan 'hilang' kedudukan utama dalam KLCI
Sektor sarung tangan getah dijangka terus berdepan tekanan ASP, yang diburukkan lagi dengan kos operasi lebih tinggi.
Pendapatan suku ketiga Top Glove susut susulan normalisasi permintaan, purata harga jualan
Keuntungan bersih Top Glove Corp Bhd susut kepada RM15.29 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mei, 2022 berbanding RM2.04 bilion pada tahun sebelumnya.
Perang Rusia-Ukraine beri kesan minimum ke atas jualan Top Glove
Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Lim Wee Chai berkata secara dasarnya, langkah mitigasi yang perlu telah dilaksanakan pihaknya.